Monday 10 June 2013

TAHUKAH ANDA TENTANG BUAH BETIK?





13 Khasiat Buah Betik

▍Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling 'popular' adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkai...tan, memang ada benarnya.

▍Selain zat vitamin, mengandungi serat dan zat protein, betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

▍Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

♥Pelbagai Kandungan Buah Betik

▍Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :

☑59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
☑92.1g air,
☑1.0g protein,
☑0.1g lemak,
☑13.5g karbohidrat,
☑0.5g serat,
☑0.5g abu,
☑31.0mg kalsium
☑0.8mg magnesium
☑17.0mg posporus
☑1.0mg zat besi
☑2.0mg sodium
☑337.0mg potasium
☑vitamin B sebanyak 0.08mg,
☑vitamin B2 (0.12mg)
☑niasin (0.1mg
☑vitamin C (69.3mg)
☑karotin (2431ug)


♥13 Khasiat Buah Betik

1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

5. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

6. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

8. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

9. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

10. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

11. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

12. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

13. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

▍Ternyata daripada senarai di atas, betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

▍Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

▍Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.
JOM KE DAPUR...KITA MASAK DULU..


resepi makan tengahari ne...em..




Bahan-bahan rebusan

... ayam byk mana yg nak bersama kulit - cuci bersih - toskan
4 sdb serbuk lada sulah
4 sdb minyak bijan
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - hiris kasar
5-10 ulas bawang putih - diketuk
2 ikat daun bawang- diikat
Air sehingga tenggelam ayam

Bahan-bahan perapan ayam (bergantung pd kuantiti ayam)
4-8 sdb sos tiram
4-8 sdb kicap manis
2-5 sdb kicap masin
1-3 sdb kicap pekat
4-8 sdb madu
3-8 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1-3 sdb mentega

Bahan-bahan nasi.
5 pot beras,cuci bersih - rendam 10 minit - toskan
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
6 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *hiris halus
2 helai daun pandan - ikat
3 sudu kecil garam
air rebusan ayam (sukatan mcm masak nasi biasa)

Bahan-bahan sos cili..
8 biji cili merah besar - potong kasar - cuci - buang biji - toskan
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sdb cuka makan
1/2 sdk garam
1 sdb gula

Bahan-bahan kicap..
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
4 sdb kicap manis
3 sdb kicap masin
1 sdk kicap pekat
1 sdk tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan gaul

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar ratakan ayam bersama serbuk lada sulah dan minyak bijan dan ketepikan.
2. Rebus air bersama serai, halia,daun bawang dan bawang putih sehingga mendidih kemudian masukkan ayam dan rebus selama 15 minit. Hati-hati ketika mengacau supaya kulit ayam tidak tertanggal.
3. Dalam bekas lain, gaul rata kesemua bahan perapan, masukkan ayam rebus, ratakan, ketepikan dan perap selama 1 jam.
4. Kemudian susun ayam bersama sos perapan dalam loyang yang telah digris, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 15 minit. Keluarkan dan susun diaatas salad.
5. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair, tumis bahan-bahan nasi iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
6. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk yang berisi nasi tadi bersama air rebusan ayam dan tekan 'setting on' dan tunggu sehingga nasi masak. Gaul perlahan-lahan.
7. Kisar halus kesemua bahan-bahan cili kemudian tuang dalam periuk kecik, renehkan sehingga adunan sedikit pekat, tambahkan gula dan garam jika perlu.
8. Dalam periuk kecil juga, satukan bahan-bahan kicap seperti bawang putih, halia, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, renehkan sehingga mendidih, tuangkan adunan tepung jagung dan renehkan lagi sehingga mendidih.
9. Apabila semua hidangan telah siap, sediakan nasi bersama ayam dilapik dengan salad, timun, tomato, sos cili dan sos kicap.


Tuesday 28 May 2013

TIPS MUDAH HIDUP JADI MEWAH...

.

8 tipS mudah untuk hidup yang lebih mewah.
Oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai "The Latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)? Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit 
Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda. Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi
Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian. 90% keputusan belian adalah keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi. Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam fikiran anda "Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi"!

4: Pakar
1 topik kewangan Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja. Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet. Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Hutang yang bagus
Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus? Hutang yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri. Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!

6: Baca 30 minit Pop kuiz-
tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda. Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu. Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda. Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda? Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.

7: Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja! Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

8: Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha. Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!


*** Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. (sila cari info mengenai  Irfan Khairi  dlm internet)



RUPA BENTUK...BISKUT YANG BEST...

 Terdapat pelbagai jenis biskut yang terdapat di pasaran sekarang,ianya terdiri daripada pelbagai rupa,bentuk ,rasa dan warna..adakah kitamengambil tahu apa yang kita makan?terutamanya biskut..
                                               



DSC_1057 


wah....nampak sedap kan ne biskut...tapi kita tau ka cara buat biskut ne?setiap penggemar makanan yang berasaskan biskut mesti tau dan boleh menghasilkan biskut kegemaran sendiri..tapi tidak semua boleh menghasilkan biskut secantik dan sesedap ini kan..sebabnya di masa sekarang ini kita suda moden dan pelbagai produk yang di hasilkan usahawan di malaysia ini terutamanya membuat biskut dengan cara yang mudah macam main campak-campak pun boleh jadi biskut suda,begitu senang kan sekarang ne,maklum la kebanyakan wanita yang berumah tangga sekarang ne bekerja dan tiada masa untuk membuat biskut sendiri di sebabkan masa yang terluang tidak cukup untuk melakukan pelbagai kerja seharian.




liz nikon 064 (640x518)


          macam-macam jenis dan rupa bentuk ne biskut..
 cemuanya pun cantik dan nampak sedap.kalau ikutkan hati semua pun kita rasa kita mau makan sebab nampak menyelerakan..
memang cantik la semua biskut ne..semua  biskut ne akan banyak di jual pada masa perayaan,maklum la di malaysia ne banyak sangat perayaaan,rakyat malaysia kan berbilang kaum dan bangsa.






semuanya pun best..tapi hati-hati makan jangan ikut perasaaan nanti banyak pula penyakit yang akan datang.








ADAKAH ANDA TAHU?



Tujuh Keajaiban Air Mata Manusia Yang Kita Tak Pernah Tahu selama ini.. | Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat   ajaib  yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

Lihat betapa banyak nyer keajaiban dari air mata , walaupun ia sekadar air yang keluar dengan kadar yang tidak banyak namun ia mempunya pelbagai manfaat buat diri kita. Syukuri lah apa yang kita ada dan ucapkanlah 'Alhamdulillah'. Tetapi korang mesi ingat walaupun air mata banyak keajaibannya tetapi dengan menangis bukan lah satu langkah bagi selesaikan sesuatu masalah.

terima kasih : sumber dr internet...

Monday 27 May 2013

LEPAK DI KK...

--------=== KK...MEMANG BEST.....TERBAIK...
26.mei.2013 pengalaman yang sangat indah di kk..bila saya dan rakan-rakan bersiar-siar di kawasan kota kinabalu terdapat pelbagai tempat menarik untuk di kunjungi terutamanya di kawasan pasar kota kinabalu  yang di kenali sebagai pasar pelipin yang mempunyai pelbagai jenis barangan dari cenderahati,barang-barang kraftangan dan pelbagai jenis juadah yang boleh di nikmati di sini.berkunjug la beramai-ramai ke sini pasti anda menemui pelbagai pengalaman yang menarik.
Kredit gambar untuk: http://skyangels-travel.com/page.php?10

















Gambar ketika berada di pasar malam kota kinabalu.keadaan di sini terlalu sesak di sebabkan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara berkunjung kesini teutamanya di musim cuti sekolah ini.



           kelihatan pelbagai jenis barangan yang di jual di pasar malam...pasar malam ini beroperasi dari jam 2.00 petang sehinggalah jam 10.00 malam setiap hari.


selain daripada itu sayur-sayuran juga di jual di sini.sayur-sayuran yang di jual di sini sangat murah berbanding di tempat lain.ianya juga segar kerana baru di ambil dari ladang dan terus di hantar ke pasar ini untuk terus di jual kepada pelanggan yang berkunjung ke pasar malam ini...



Terdapat juga pelbagai juadah makan terutamanaya juadah kuih muih yang pelbagai jenis rupa rasa dan harga yang berpatutan.jadi apa lagi mari ramai-ramai kita pergi ke kota kinabalu untuk merasaai pengalaman yang unik ini..