Monday 10 June 2013

TAHUKAH ANDA TENTANG BUAH BETIK?





13 Khasiat Buah Betik

▍Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling 'popular' adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkai...tan, memang ada benarnya.

▍Selain zat vitamin, mengandungi serat dan zat protein, betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

▍Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

♥Pelbagai Kandungan Buah Betik

▍Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :

☑59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
☑92.1g air,
☑1.0g protein,
☑0.1g lemak,
☑13.5g karbohidrat,
☑0.5g serat,
☑0.5g abu,
☑31.0mg kalsium
☑0.8mg magnesium
☑17.0mg posporus
☑1.0mg zat besi
☑2.0mg sodium
☑337.0mg potasium
☑vitamin B sebanyak 0.08mg,
☑vitamin B2 (0.12mg)
☑niasin (0.1mg
☑vitamin C (69.3mg)
☑karotin (2431ug)


♥13 Khasiat Buah Betik

1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

5. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

6. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

8. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

9. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

10. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

11. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

12. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

13. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

▍Ternyata daripada senarai di atas, betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

▍Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

▍Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.
JOM KE DAPUR...KITA MASAK DULU..


resepi makan tengahari ne...em..




Bahan-bahan rebusan

... ayam byk mana yg nak bersama kulit - cuci bersih - toskan
4 sdb serbuk lada sulah
4 sdb minyak bijan
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - hiris kasar
5-10 ulas bawang putih - diketuk
2 ikat daun bawang- diikat
Air sehingga tenggelam ayam

Bahan-bahan perapan ayam (bergantung pd kuantiti ayam)
4-8 sdb sos tiram
4-8 sdb kicap manis
2-5 sdb kicap masin
1-3 sdb kicap pekat
4-8 sdb madu
3-8 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1-3 sdb mentega

Bahan-bahan nasi.
5 pot beras,cuci bersih - rendam 10 minit - toskan
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
6 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *hiris halus
2 helai daun pandan - ikat
3 sudu kecil garam
air rebusan ayam (sukatan mcm masak nasi biasa)

Bahan-bahan sos cili..
8 biji cili merah besar - potong kasar - cuci - buang biji - toskan
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sdb cuka makan
1/2 sdk garam
1 sdb gula

Bahan-bahan kicap..
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
4 sdb kicap manis
3 sdb kicap masin
1 sdk kicap pekat
1 sdk tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan gaul

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar ratakan ayam bersama serbuk lada sulah dan minyak bijan dan ketepikan.
2. Rebus air bersama serai, halia,daun bawang dan bawang putih sehingga mendidih kemudian masukkan ayam dan rebus selama 15 minit. Hati-hati ketika mengacau supaya kulit ayam tidak tertanggal.
3. Dalam bekas lain, gaul rata kesemua bahan perapan, masukkan ayam rebus, ratakan, ketepikan dan perap selama 1 jam.
4. Kemudian susun ayam bersama sos perapan dalam loyang yang telah digris, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 15 minit. Keluarkan dan susun diaatas salad.
5. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair, tumis bahan-bahan nasi iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
6. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk yang berisi nasi tadi bersama air rebusan ayam dan tekan 'setting on' dan tunggu sehingga nasi masak. Gaul perlahan-lahan.
7. Kisar halus kesemua bahan-bahan cili kemudian tuang dalam periuk kecik, renehkan sehingga adunan sedikit pekat, tambahkan gula dan garam jika perlu.
8. Dalam periuk kecil juga, satukan bahan-bahan kicap seperti bawang putih, halia, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, renehkan sehingga mendidih, tuangkan adunan tepung jagung dan renehkan lagi sehingga mendidih.
9. Apabila semua hidangan telah siap, sediakan nasi bersama ayam dilapik dengan salad, timun, tomato, sos cili dan sos kicap.